Thursday, February 24, 2011

Karangan jenis Cereka Dan Penceritaan PMR (Bahasa Melayu)

Panduan Mengarang 

1.Karangan jenis cereka dan penceritaan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR. 
2.Karangan jenis ini berkehendakkan anda menceritakan sesuatu peristiwa yang pernah anda alami ataupun berdasarkan khayalan anda.
3.Isi-isi yang berbentuk khayalan atau imaginasi boleh digunakan,tetapi sebaik baiknya biarlah berasas,munasabah dan logik.
4.Ciri-ciri penting karangan ini ialah watak,peristiwa,latar belakang cerita,sebab dan akibat kejadian.
5.Setiap isi cerita mestilah mempunyai pertalian. 
6.Penulisan cereka atau penceritaan anda mestilah mengikut urutan peristiwa dan masa,iaitu ada titik permulaan,perkembangan,kemuncak (ketegangan) atau penyudah cerita.
7.Bahasa berbunga-bunga boleh digunakan,tetapi hendaklah dikawal penggunaannya.
8.Jika anda hendak memasukkan dialog,ayatnya biarlah ringkas,padat,menarik dan realistik.
9.Setiap dialog hendaklah ditulis dalam perenggan baru dan menggunakan tanda baca yang betul.
10.Cerita boleh diolah atau ditulis dengan berdasarkan orang pertama dan ketiga sebagai pencerita.Kata ganti nama diri seperti aku,saya,dia,mereka sesuai digunakan sebagai watak cerita.
11.Akhir sekali,anda perlu mengambil ingatan bahawa cerita yang hendak anda olah itu semestinya cerita yang menarik,mencabar,dan berdaya kreatif.
12.Cerita anda sebaik-baiknya juga mempunyai unsur pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca.


Contoh karangan 

     Pada cuti sekolah yang lepas,saya dan bersama-sama dengan keluarga pergi berkelah di Hutan Lipur Ledang,Tangkak,Johor Darul Takzim.
     
     Jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dengan kereta dari rumah kami.Sebaik sahaja sampai,orang sudah ramai berada di sana.Kebetulan pada hari tersebut ialah Hari Kebangsaan.
      
     Kenderaan pula tidak diletakkan secara teratur.Agak lama juga ayah mencari tempat sesuai untuk meletak kereta,akhirnya baru terjumpa suatu lokasi yang selesa di bawah sebatang pohon rendang.
      
     Hatiku kepingin sangat hendak terjun ke dalam takungan air di longgokan batu-batan.Tetapi ibu menegah,meminta saya ditemankan oleh ayah.Oleh hal yang demikian,saya tidak jadi berenang renang dalam air yang sejuk dan menyegarkan itu.
      
     Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Apabila ayah sudah siap mengemaskan barang-barang yang kami bawa,dia pun mengajak kami turun sama ke dalam air.'Jangan pergi jauh ke depan.Kalau terjadi sesuatu nanti,ayah juga yang susah,'nasihat ayah sambil membawa adik kecil kami bermain air.
  
     Tiba-tiba,suasana menjadi riuh.Seorang kanak-kanak berumur kira-kira 10 tahun menjerit-jerit meminta pertolongan.Tanpa berlengah lagi,saya terus berenang ke arah budak tadi dan menariknya ke tepian kolam air.Ia tercungap-cungap menarik nafas.Beberapa minit kemudian,dia pun sedarkan diri.Ibunya yang sejak tadi  tercari-cari akan anaknya,datang mengucapkan terima kasih kepada saya sekeluarga.

      Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa berkelah bersama-sama keluarga pada cuti yang lepas.Ingatan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada mati lemas tempoh hari masih segar dalam benak saya hingga ke hari ini.

1 comment:

  1. TERIMA KASIH PENSYARAH....SEBAB BLOG NI SAYA DPT BUAT KERJA SEKOLAH DGN CEPAT DAN SAYA DPT HANTAR PADA MASA YG TEPAT...

    ReplyDelete