Tuesday, March 22, 2011

Karangan jenis Peribahasa PMR (Bahasa Melayu)


Panduan Mengarang

1.Peribahasa yang kerap dikemukakan sebagai tajuk karangan biasanya ialah simpulan bahasa,bidalan,pepatah, perumpamaan,ungkapan dan kata-kata hikmat.
2.Sekiranya anda ingin memilih tajuk karangan jenis ini,anda haruslah memahami maksud peribahasa itu terlebih dahulu.
3.Anda perlulah menghuraikan peribahasa itu dari segi maksudnya,sejarahnya,pengunaannya,pentingnya dan hubungannya dengan masyarakat.
4.Ada dua teknik menulis karangan jenis peribahasa,iaitu: 
    (a) teknik huraian      (b) teknik cerita
5.Jika anda menggunakan teknik huraian untuk menulis karangan jenis ini,pastikan anda dapat menjelaskan maksud peribahasa yang diberikan dan bagaimana peribahasa itu tercipta oleh masyarakat dahulu.
6.Kiaskan beberapa contoh kehidupan bagaimana peribahasa itu dapat diupamakan.Nyatakan nilai peribahasa itu dalam kehidupan seharian.
7.Jika anda berpendapat bahawa peribahasa itu tidak sesuai lagi di dalam masyarakat moden ini,kemukakan alasan anda dengan memberikan juga beberapa contoh yang dapat menyokong pendapat anda.
8.Pada bahagian penutup,buat satu kesimpulan tentang faedah dan ketepatan peribahasa itu dalam konteks kehidupan manusia.
9.Jika anda menggunakan teknik cerita untuk menulis karangan peribahasa,tema dan jalan cerita itu mestilah dapat menjelaskan maksud peribahasa yang diberikan.
10.Teknik menulis karangan ini samalah dengan teknik menulis karangan berbentuk cereka,penceritaan atau imaginasi.
11.Walau bagaimanapun,cerita itu boleh merupakan rekaan semata-mata atau pengalaman anda.
12.Cerita anda harus mengaitkan peribahasa itu dengan kehidupan masyarakat kini.
13.Cerita anda hendaklah mempunyai bahagian permulaan,kemuncak dan diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment